Yayasan Tahfiz An-Nisaa-Tahlil
Projek Kembali Teguh
Yayasan Tahfiz An-Nisaa-Tahlil
Bacaan e-Tahlil Mingguan bersama Yayasan Tahfiz An Nisaa pada setiap hari Khamis malam Jumaat, dikendalikan oleh beberapa madrasah tahfiz di bawah naungan Yayasan.
RM10,000Funding goal
RM27,318Pledged
304Funders
Bacaan e-Tahlil Mingguan bersama Yayasan Tahfiz An-Nisaa
Program bacaan tahlil mingguan secara atas talian (e-Tahlil) ini dijalankan bersama pelajar-pelajar tahfiz di bawah Yayasan Tahfiz An-Nisaa (YTAN). Program ini adalah salah satu program terpilih di bawah Program Kembali Teguh TM yang mana bertujuan membantu pengumpulan dana untuk YTAN yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Mari bersama-sama kita menyemarakkan malam Jumaat anda dengan menyertai program e-Tahlil ini melalui Google Meet.
- Program bacaan e-Tahlil ini akan dijalankan pada setiap hari Khamis malam Jummat bermula 15 Oktober 2020, selepas Isyak.
- Sumbangan minima untuk e-Tahlil adalah RM10.00.
- Sekiranya anda ingin menyedekahkan Tahlil kepada yang tersayang terhad kepada 5 nama dengan menyumbang sekurang-kurangnya RM10. Nama-nama arwah ini akan disebut semasa slot e-Tahlil yang ditetapkan.
- Anda boleh memberikan nama-nama tersebut di ruang 'Note' ketika proses bayaran atau kami akan menghubungi anda.
- Sekiranya nama-nama yang diberikan tidak disebut pada slot e-Tahlil minggu itu, nama-nama tersebut akan dibawa ke minggu berikutnya.